Apa dah jadi dengan suami Vivy?

Tiada kelibat Datuk Fadzaruddin Shah Anuar iaitu suami Datin Vivy Yusof Ketika meninggalkan pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 4.05 petang tadi.

Sebaliknya, hanya Vivy yang kelihatan ditemani peguamnya, Shaarvin Raaj Selva Kumar serta diiringi seorang pegawai SPRM.

Terdahulu, pasangan kontroversi yang terpalit dengan kes FashionValet itu tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 2.35 petang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam.

Kehadiran mereka bagi menyambung sesi memberi keterangan berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Sejak 5 November, ini adalah hari ketiga pasangan pengasas FashionValet itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

BACA JUGA Kenapa isu NAFAS jadi kecoh? Ini kronologi reformasi NAFAS

Â