Kenapa isu NAFAS jadi kecoh? Ini kronologi reformasi NAFAS
Oleh AHMAD MURSI
Isu NAFAS kecoh kerana selepas 51 tahun penubuhannya, hanya zaman Kerajaan Madani SPRM boleh masuk dan menyiasat kerana pada 22 Mei 2023, Kerajaan Madani telah mewartakan NAFAS sebagai Badan Awam mengikut Akta SPRM.
NAFAS merupakan pertubuhan peladang bagi membantu petani berkenaan input pertanian baja, benih dan racun, serta membantu mengagihkan subsidi kerajaan kepada petani untuk bantu tingkatkan hasil pertanian dan pastikan keterjaminan makanan.
Ibarat menjolok sarang tebuan, kartel dan segelintir AJP yang berkepentingan dan kaya-raya dalam NAFAS mula menyerang menteri dan pasukan kerja yang menjadi tonggak proses mereformasi NAFAS kini.
Kepentingan perniagaan yang cuba dipertahankan ini bukan sedikit, jumlahnya berbilion ringgit berkubu sejak sekian lama.
Zaman Tebok Atap, tiada usaha ini sebab mereka pun menumpang sama. SPRM mula menyiasat kontrak baja RM1.8 bilion baru-baru ini.
Walaupun setiap tahun kerajaan beri lebih daripada RM1 bilion untuk subsidi baja, macam kata KJ dalam podcast Keluar Sekejap; internal control tak ada, tiada check & balance, keanggotaan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dipilih secara lantikan dan pemilihan yang boleh dimanipulasi untuk mengekalkan kuasa.
Kaya-raya siapa jadi AJP. Tiada yang memantau. Peraturan boleh buat sendiri. Elaun mesyuarat sangat banyak termasuk 19 Jawatankuasa yang ditubuhkan, elaun dari anak-anak syarikat, pelbagai elaun, komisen perbekalan, sewaan, jualan-jualan, komisen bahan mentah baja atau baja siap. Huh! Mewah.
Ada yang menjaga kepentingan kartel melibatkan input pertanian seperti baja dan anak benih yang kerajaan beri berbilion ringgit setiap tahun tu.
Petani pula akhirnya, dapatlah sedikit dividen yang tidak seberapa, ada yang kena beli anak benih lebih daripada sepatutnya, atau ada juga kes baja yang rendah kualiti walhal telah disubsidi kerajaan.
Generasi petani muda-muda susah nak terlibat di peringkat akar umbi pertubuhan ini kerana kawalan kuasa oleh orang lama. Ini menjejaskan hal keterjaminan makanan negara.
Jadi, sebenarnya Kerajaan Madani sedang mahu menyelamatkan NAFAS, yang buat bising ni ialah pihak yang berkepentingan yang dah berkubu dalam tu sejak sekian lama untuk punggah kekayaan. Bukan sangat petani bawahan.
Pembangkang pula, bukannya nak menyokong reformasi NAFAS, sebaliknya bersama kartel-kartel ini menyerang kerajaan Madani.
Kronologi reformasi NAFAS
𝟯 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯: NAFAS mohon dari kerajaan menaikkan harga melalui Variation of Price (VOP) untuk kontrak baja dan input pertanian, atas alasan kos bekalan seperti baja dan racun meningkat (akibat Covid-19 dan perang Ukraine). Kerajaan Madani setuju secara prinsip dengan syarat tertentu untuk pastikan bekalan kepada petani tidak terjejas.
𝟭𝟲 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟯: NAFAS terima kelulusan dasar VOP dengan nilai RM1.26 bilion BERSYARAT.
𝟮𝟮 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯: NAFAS diwarta sebagai Badan Awam mengikut Akta SPRM. Maksudnya SPRM boleh mula menyiasat selepas 51 tahun NAFAS ditubuhkan.
𝟳 𝗙𝗲𝗯 𝟮𝟬𝟮𝟰: Kerajaan Madani keluarkan perintah khas untuk pemantapan tatakelola NAFAS. Kuasa AJP ditangguh kecuali untuk kontrak kerajaan dan urusan perniagaan teras.
𝗙𝗲𝗯 𝟮𝟬𝟮𝟰: NAFAS diarahkan baiki tatakelola dengan menetapkan peraturan ketat untuk kekerapan mesyuarat yang banyak tu, pengurusan syarikat subsidiari, pembentukan jawatankuasa baharu yang juga banyak, dan kawalan ke atas urusan perniagaan serta fungsi pengarah.
𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟰: Kerajaan Madani setuju pembiayaan tuntutan kos baja melalui VOP dengan perkongsian 50:50 antara kerajaan dan NAFAS, dengan kerajaan menanggung RM414 juta daripada jumlah tuntutan RM830juta.
𝟮𝟮 𝗢𝗸𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟰: Rasa digugat, Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS gantung Pengurus Besar (GM) kononnya atas beberapa tuduhan.
𝟮𝟯 𝗢𝗸𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟰: LPP tolak keputusan AJP untuk menggantung GM kerana melanggar prosedur kerana sebarang aduan atau tindakan terhadap GM perlu dirujuk dan diputuskan oleh LPP dan lalui prosesnya terlebih dahulu.
𝟮𝟵 𝗢𝗸𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟰: SPRM mula siasat kartel projek baja bernilai RM1.8 bilion.
𝟯𝟬 𝗢𝗸𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟰: Menteri KPKM, Mohamad Sabu, keluar kenyataan sedia beri kerjasama bantu siasatan SPRM.
𝟯𝟭 𝗢𝗸𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟰: SPRM tahan beberapa individu termasuk pengerusi syarikat projek baja.
𝟭 𝗡𝗼𝘃 𝟮𝟬𝟮𝟰: Pendaftar PP gantung NAFAS untuk pemulihan dan mengembalikan kepercayaan.
𝟯 𝗡𝗼𝘃 𝟮𝟬𝟮𝟰: SPRM tahan dua bekas Pengurus Besar NAFAS dalam siasatan salah guna kuasa melibatkan RM60 juta kontrak baja secara runding terus dibuat dalam enam hari sekitar Jun 2022. Syarikat asing itu tidak pernah dapat apa-apa kerja dari NAFAS sebelum ni.
BACA JUGA JAKIM tapis ketat pelantikan guru KAFA, ikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah