Isu 5G cerita gajah sama gajah bergaduh
Oleh LIYANA MARZUKI
Untuk rekod, Malaysia merupakan negara ketiga paling teruk dalam dunia mengamalkan kroni kapitalis selepas Rusia dan Ukraine.
Ini mengikut Indeks Kroni Kapitalis 2023. Tahun-tahun sebelum itu lagi teruk, nombor dua di dunia. L
Selepas kerajaan dok hentam monopoli Touch & Go, Puspakom dan Kartel Ayam, barulah nombornya improve.
Let us be real and blunt about it. Kroni kapitalis Malaysia ini ada dua golongan.
Satu, golongan istana kayangan. Dua, golongan Melayu bangsawan, set politikus dan kroni yang mereka kayakan.
Projek mega dan tender besar negara, antara mereka inilah yang bolot segala. Kem yang ini lawan kem yang itu. It’s the elephant in the room.
Baru-baru ini set-set ini sudah mula mengamuk. Kenapa projek 5G negara dapat ke UMobile pula? Maxis yang paling lantang bersuara kenapa tak dapat kat dia?
Ada dua isu berbangkit yang boleh kita kupas:
- UMobile vs Maxis, siapa di belakang mereka?
- Macam mana UMobile yang dapat?
Isu 1, belakang UMobile ialah Vincent Tan dan Agong sekarang. Belakang Maxis pula, Ananda Krishnan dan Mokhzani Mahathir and geng. Senang kita cakap direct.
Semua tahu dalam industri ini, anak-anak Tun M pelopori. Dengan Mokhzani jadi Chairman Maxis 15 tahun dan syarikat Mukhriz Opcom buat fibre optics. Sering kali dapat kontrak Telekom dan lain-lain.
Pada saya, isu 5G ini bertembungan dua puak kroni kapitalis. Kalau seorang dapat, yang seorang lain bising.
Yang jadi isu besar juga, kerana Agong ada saham dalam UMobile. Ada yang kata dalam Perlembagaan, termaktub syarat Agong tidak boleh “bergiat aktif” dalam perniagaan.
id
Ada kawan peguam saya argue, bergiat aktif maksudnya tidak boleh pegang “executive role”. Kalau setakat pemegang saham, should be ok.
Pada saya, kalau tiada executive role, tapi Baginda masuk campur pun tak boleh juga. Kalau Agong dah bertitah “itu Beta punya”. Yang lain nak langgar macam mana?
Cuma ini teori belaka. Nanti masuk ke dalam pulak saya.
Bagi isu 2, kenapa UMobile yang dapat. Pada saya mudah, Maxis dan Celcom buat 4G sebelum ini pun macam-macam masalah timbul. Ada setengah tempat mereka tidak labur pun masih dapat signal THE EDGE/ 2G.
Saya dulu guna Maxis dan Celcom berpuluh tahun. Lepas servis hauk asyik drop call, saya tukar kepada UMobile. Setakat ini ok lah. Boleh terima jua.
Sama je la, dengan perkhidmatan talian fibre etc negara. Kalau dah boleh break the monopoli sekian lama, kita bagi new player pula. Lihat servis mereka macam mana. Kalau hauk, kita tukar pula. Banyak pilihan depan mata.
Senang cerita, cerita 5G ini cerita gajah sama gajah bergaduh. Biaq kan depa.
Kita pelanduk ni, pastikan kita tidak terpenyek di tengah-tengah.
Kena pantau apa yang UMobile beri pada negara. Kalau servis hauk, kos menggila, kita bikin mereka bertanggungjawab hatta kalau istana dalam picture.
BACA JUGA Apa dah jadi dengan suami Vivy?