Jualan Khairul Aming cecah lebih RM600,000 dalam masa 2 jam
Pempengaruh dan usahawan jutawan, Khairul Aming malam ini berjaya mencatat angka jualan mencecah lebih RM600,000 hanya dalam tempoh dua jam.
Jumlah itu dicapai sempena kempen jualan TikTok Shop MY – 11.11 Pertarungan Siaran Langsung menerusi TV3 dan YouTube.
Khairul dan pempengaruh lain memulakan sesi jualan produk Dendeng Nyet Berapi secara langsung mulai 9 malam.
Sejurus tamat siaran langsung di TV3, beliau dilihat tidak lupa meraikan semua pihak yang menjayakan kempen jualannya.
Menerusi akaun TikTok beliau, anak muda berusia 32 tahun berkenaan juga dikerumuni peminat.
“Maaf, saya bau ikan ini,” ulangnya beberapa kali mesra kepada para peminat yang ingin bergambar dengan beliau sejurus tamat siaran langsung kempen jualan Tik Tok itu.
Terdahulu, beliau bersama kumpulannya menyiapkan masakan di dalam ruang yang dikhaskan untuk setiap pempengaruh selama dua jam bersiaran.
Sementara itu, jualan sambal Khairul yang terkenal membelanjakan banyak wang untuk menggembirakan pekerjanya terus melonjak ke angka RM700,000 sehingga jam 11.30 malam tadi.
Sebelum mengakhiri live di Tik Tok beliau, Khairul mengucapkan terima kasih kepada semua pembeli dan memberitahu pihaknya akan menyegerakan penghantaran.
BACA JUGA Lagi kes ganas di UPNM sampai retak tulang belakang dan rusuk, ini respon Menteri Pertahanan