Belanjawan 2025 RM421 bilion lulus

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan 2025) diluluskan di peringkat dasar selepas selesai dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini.

RUU Perbekalan 2025 yang dibahaskan sejak 21 Oktober lalu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Berdasarkan takwim Parlimen, perbahasan RUU itu bagi peringkat jawatankuasa akan berlangsung mulai esok hingga 3 Disember.

Belanjawan 2025 memperuntukkan RM421 bilion, terbesar dalam sejarah dan diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Ia memberikan tumpuan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

BACA JUGA Lagi peringatan jangan jadikan masjid pentas politik, Sultan Pahang tegur siapa?

Â