Dulu Wan Saiful diam PN beri kontrak 5G secara monopoli

Angkatan Muda Harapan membidas sikap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang diam ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberikan kontrak eksklusif kepada Digital Nasional Berhad (DNB) yang jelas mencipta monopoli tanpa sebarang persaingan atau ketelusan.

Ketua Penerangannya, Ammar Atan berkata, pihaknya hairan dengan sikap Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu yang kini lantang mengkritik keputusan kerajaan melantik pengendali kedua 5G.

Ammar Atan

Menurutnya, Wan Saiful sekaligus menunjukkan sikap yang amat hipokrit dalam mengkritik kerajaan sekarang sedangkan Perikatan Nasional (PN) pada 2021 melantik DNB sebagai pengendali tunggal 5G di Malaysia.

Ammar yang juga Naib Ketua Pemuda AMANAH berkata, langkah terkini kerajaan untuk memperkenalkan pengendali kedua jelas bertujuan untuk memastikan persaingan sihat dan meningkatkan kualiti perkhidmatan demi manfaat rakyat.

“Dengan membuka ruang persaingan, pengguna kini mendapat lebih banyak pilihan dengan harga yang lebih kompetitif, berbanding monopoli yang memaksa rakyat bergantung kepada satu penyedia.

“Tindakan kerajaan ini, selayaknya mendapat pengiktirafan dari pihak pasaran, seperti yang disebutkan oleh Tan Sri Vincent Tan,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam masa sama, beliau menambah rakyat memerlukan pemimpin yang berpegang pada prinsip dan bertindak demi kepentingan bersama bukan sekadar ‘lantang’ pada masa tertentu.

BACA JUGA Dulu Wan Saiful diam PN beri kontrak 5G secara monopoli

Â