Pembangkang masih lagi tuduh PM Anwar pro Israel?
Oleh LIYANA MARZUKI
Banyak tuduhan kita dengar mengenai dia. Pro-Zionis, boneka Israel. Musuh politik dia katakan, sembang di mulut benci Israel tetapi sebenarnya kawan baik dia. Isu Blackrock dimainkan tanpa penat, jadi propaganda bodohkan umat.
Bagi non partisan dan fence sitters, kita boleh berfikir sendiri. Tidaklah pajak otak kepada politikus dan kroni.
Kalau betul dia pro Israel, tidaklah dia lantang hendakkan embargo senjata dikenakan kepada Israel pada September lalu.
Takkanlah sekarang, dia gerakkan resolusi buang Israel dari PBB? Tak pernah lagi dalam sejarah Malaysia buat sebegini.
Malaysia penggerak dan pengkritik nombor satu. Kena ingat ya. Tahun ini resolusi PBB sudah putuskan Israel buat jenayah perang. Nak dapat dukungan negara-negara lain tu, munasabah jua.
Membuatkan kita berfikir, ini sudah tidak boleh dibuat wayang lagi. Kalau betul Anwar ini proksi dan tali barut Israel, takkanlah sampai wayang susahkan Israel di PBB. Lainlah Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Mereka menjilat sampai habis.
Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah.
Kalau PM ini lantang bersuara untuk saudara seagama, kita wajib sokong jua.
Jangan termakan propaganda berkurun lama.
Terpaling Palestin tapi mereka juga benarkan Israel masuk negara. Rothschild, kapal Zim dan pasukan kriket selamba lepak di sini berdekad lama. Tipah tertipu sebenarnya.
BACA JUGA Tular audio rasuah ‘RM500,000 saja’, ramai teka macam ‘YB Sabah’
Â