Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 10 negeri hingga tengah malam ini

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri hingga 12 tengah malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terbabit ialah Kedah membabitkan Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.

Di Perak, keadaan sama diramal berlaku di sekitar Hulu Perak dan Muallim manakala Kelantan melibatkan Kawasan Jeli.

Amaran sama juga dijangka di seluruh Melaka; Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Rompin); Selangor (Hulu Selangor dan Gombak) serta Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Di Johor, kawasan yang mungkin terjejas dengan jangkaan hujan berlaku melebihi sejam ialah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

Ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam juga diramal berlaku di Sarawak (Serian, Kapit (Belaga) dan Miri (Telang Usan) manakala Sabah melibatkan pedalaman (Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar).

BACA JUGA Lagi peringatan jangan jadikan masjid pentas politik, Sultan Pahang tegur siapa?

Â