‘Saya dah bincang dengan Zahid sebelum bertindak isu NAFAS’

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi amat menyokong keputusan Datuk Seri Mohamad Sabu yang mahu “mencuci” habis-habisan kumpulan kartel dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, beliau sebelum bertindak dalam isu itu telah terlebih dahulu memaklumkan kepada Ahmad Zahid bahawa tindakan yang mahu diambilnya tiada kaitan dengan agenda politik.

Beliau menjelaskan perkara berkenaan sebagai menjawab dakwaan wujudnya perbezaan ideologi politik dalam kalangan eksekutif dan jemaah pengarah di dalam pertubuhan itu.

Kata Mohamad, Ahmad Zahid sendiri memberi sokongan penuh kepadanya dan menamakan individu-individu yang patut dikeluarkan daripada pertubuhan terbabit.

“Saya sebelum nak bertindak dalam NAFAS ini, saya jumpa dulu Datuk Seri Zahid Hamidi.

Saya kata kepada Datuk Seri, Nafas yang kita nak bertindak ini tiada kena mengena dengan politik. Dia kata, ‘Bang Mat saya sokong penuh’.

“Dia pula yang namakan sendiri orang-orang yang tak guna tu… Bang Mat, kalau bertindak, buang orang ini, buang orang ini. Ertinya, Presiden Umno tahu apa yang berjalan dalam Nafas,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Negeri Perak AMANAH baru-baru ini.

Mohamad berkata, Ahmad Zahid telah memberi sokongan supaya tidak bimbang dan meneruskan perubahan dalam NAFAS.

“Bang Mat jangan bimbang, saya sokong penuh untuk bertindak apa yang sedang berlaku dalam NAFAS sekarang ini.

“Bulan 5 tahun ini barulah dipinda akta untuk membolehkan SPRM masuk. Sebelum itu tak boleh dalam NAFAS ini,” kata beliau dalam satu klip video yang tersebar di media sosial.

BACA JUGA Lagi peringatan jangan jadikan masjid pentas politik, Sultan Pahang tegur siapa?

Â