Maha kaya, ketimbang, antara 12 perkataan baharu dimasukkan ke DBP
Sebanyak 12 perbendaharaan kata yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dimasukkan pada kamus dalam talian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Perkara itu diberitahu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam Dewan Rakyat dan berharap orang ramai dapat menerima bahawa perbendaharaan bahasa Melayu terus hidup dan sedang berkembang.
Senarai 12 perkataan perkataan baharu dalam kamus DBP serta maksudnya:
• Ketimbang – kata sendi nama menyatakan atau menunjukkan perbezaan atau perbandingan antara sesuatu.
• Tatanan – peraturan atau sistem yang ditetapkan atau yang dipersetujui bersama-sama
• Intiha – akhir, penghabisan atau penutup
• Mahsul – hasil mahsul; berbagai-bagai hasil dalam sesebuah negeri
• Purbasangka – arkaik prasangka
• Taakul – hal membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik
• Kesenjangan – keadaan senjang
• Tiwikrama – perubahan besar dengan usaha yang bersungguh-sungguh
• Walhasil – hasilnya atau akibat daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya
• Maha Kaya – (tentang Allah SWT) sangat atau teramat hebat, (tentang seseorang) besar atau tinggi kedudukannya
• Kebinekaan – keadaan pelbagai jenis atau aneka ragam di sesuatu tempat, negara dan sebagainya
• Tatakelola – pentadbiran organisasi mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan, dan menitikberatkan sifat dan sikap positif pemimpin, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan serta ideologi dan fikiran yang prolifik untuk menjana perubahan
Fadhlina berkata, sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya.
Ada yang suatu ketika dahulu kerap digunakan, kini sudah dianggap klasik.
Fadhlina berkata, ketimbang adalah perkataan yang terdapat dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia yang bermaksud kata untuk menandai perbandingan.
Katanya, kata ketimbang sama erti atau bersinonim dengan kata daripada.
Bagi perkataan peluncuran pula, beliau berkata, ia mempunyai maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian.
Dalam konteks ini, jelasnya perkataan peluncuran mengalami peluasan makna.
“Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, kata pelancaran tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program.
BACA JUGA Kelab malam di Golok jadi tumpuan anak muda Kelantan berhibur – MP Thailand
Â