Mahathir dakwa Daim diherdik tanpa sebab

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tun Daim Zainuddin “diherdik tanpa sebab” di akhir hayat bekas Menteri Kewangan berkenaan.

Katanya, Daim sepatutnya disanjung kerana memberi sumbangan kepada perjuangan bangsa, negara dan agama.

Susulan itu, warganet menyindir kenyataan Mahathir termasuk membandingkan nasib yang dialami rakan baiknya, Robert Mugabe iaitu bekas pemimpin Zimbabwe.

Mugabe yang mengangkat senjata, ketua gerila melawan penjajah juga menerima nasib yang sama.

Namun, pengakhiran hidupnya diadili berdasarkan jumlah beg tangan LV isteri muda beliau Grace Mugabe miliki, kata netizen.

Daim meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di ibu negara, hari ini pada usia 86 tahun.

Allahyarham yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan mengalami strok dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kali pertama beliau menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001.

Beliau yang dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama lima penggal antara 1982 dan 2004.

BACA JUGA Muncul sohor kini ‘Israel First’, rupanya ini yang Trump buat

Â