Muncul sohor kini ‘Israel First’, rupanya ini yang Trump buat

Ungkapan ‘Israel First’ menjadi trending di X ekoran sokongan kuat Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dipilih semula, Donald Trump terhadap kepentingan Israel.

Serentak itu, muncul sindiran ‘America Last’ apabila Trump semalam mengumumkan bekas Gabenor Arkansas, Mike Huckabee sebagai Duta AS ke Israel.

“Dia (Mike) mengasihi Israel, dan orang Israel, dan begitu juga, orang Israel mengasihi dia.

“Mike akan bekerja tanpa jemu untuk mewujudkan keamanan di Timur Tengah!” kata Trump.

Rata-rata warganet terutamanya warga AS pro Palestin menyifatkan Trump secara tegar dan terang-terangan menyokong Israel apabila melihatkan barisan ahli pentadbirannya.

Trump antara lain melantik anggota Kongres New York, Elise Stefanik sebagai duta AS ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pemilihan Stefanik yang dilapor sebagai penyokong kuat Israel menampar sentimen solidariti dunia bersama Gaza dan Lubnan yang sedang hancur dimusnahkan pengganas dunia nombor satu itu.

Menggelarkan Hamas sebagai pengganas, Stefanik dalam satu kenyataan di X pada 10 November lalu berkata, sudah 400 hari “pengganas Hamas” menculik orang awam yang tidak bersalah semasa “serangan biadab” 7 Oktober di Israel.

“Terdapat lebih 100 orang masih menjadi tebusan di Gaza termasuk TUJUH rakyat Amerika. Kita WAJIB bawa mereka pulang sekarang,” kata Stefanik lagi.

BACA JUGA PMX rasmi kilang Proton di Mesir, bawa pemikiran baharu kerjasama dua negara

Â