Tun Daim meninggal dunia

Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, hari ini pada usia 86 tahun.

Kepulangan bekas Menteri Kewangan itu ke negeri abadi disahkan peguamnya, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.

Ahli politik veteran dan ahli perniagaan berkenaan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Terdahulu, Allahyarham yang berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan mengalami strok dan diletakkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kali pertama beliau menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001.

Allahyarham yang dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama lima penggal antara 1982 dan 2004.

BACA JUGA Muncul sohor kini ‘Israel First’, rupanya ini yang Trump buat

Â