Biadab maki PM Anwar, Papagomo ditempelak ‘binatang’ apa kena bayar saman
Papagomo meninggalkan komentar biadab sebagai reaksinya terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad di platform X berhubung pemergian Allahyarham Tun Daim Zainuddin semalam.
“Anwar Ibrahim BA**,” tulis Papagomo sekaligus mengundang kecaman orang ramai.
Rata-rata menyifatkan individu dengan nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris itu sebagai sudah melampaui batas.
Malah, ada yang menggali kembali kes lelaki berjanggut lebat itu pernah disaman Anwar sehingga diarahkan mahkamah supaya membayar hampir RM1 juta.
“Kalau dia (Anwar) ba**, yang kena bayar saman ni, binatang apa pulak? Ka dajal?” tempelak pengguna X, @hazwan_idris.
Untuk rekod, mahkamah pernah mengarahkan Azri membayar RM951,260.27 kepada Anwar selepas kalah dalam perbicaraannya apabila disaman pada 2013.
Walau bagaimanapun, dia dilapor mengambil tempoh tiga bulan untuk mengumpulkan jumlah yang mencukupi bagi membayar saman berkenaan.
Kemampuan Papagomo menyediakan wang dalam jumlah yang besar tersebut turut mengejutkan Latheefa Koya J Leela yang merupakan peguam Anwar ketika itu.
BACA JUGA Dah kerap maki dan fitnah PMX, bekas polis dipecat ini ingatkan pasal malapetaka dahsyat pula
Â