‘Sebut nama Syeikh baru selamat’ – Tular video penceramah disyaki sebar fahaman sesat
Tular video seorang penceramah agama yang didakwa menyebarkan fahaman yang terdengar bercanggah dari ajaran agama Islam
Dalam klip video berdurasi 55 saat, penceramah terbabit bercerita mengenai sekumpulan murid yang selamat menyeberangi sungai kerana menyebut nama “wahai Syeikh”.
Tetapi ada seorang murid yang tidak selamat kerana menyebut nama Allah sebelum menyeberang sungai itu.
“Ada 40 orang murid sebut wahai Syeikh kami nak berenang. Ada seorang murid pula yakin tak yakin nak sebut.
“Dia sebut Ya Allah. Tak sebut nama Syeikh tadi. Apa yang peliknya 39 orang murid selamat boleh berjalan atas air.
“Yang sebut Ya Allah tadi (dia) tenggelam. Jadi (guru berkata kepada pelajar) kalau kamu nak selamat nak ikut macam kami kena sebut nama aku (Syeikh).
“Bila murid tu sebut nama dia, terus selamat balik,” kata penceramah tersebut.
Tidak pasti siapa penceramah itu dan bila ceramah itu dirakam.
Namun video itu mengundang kebimbangan ramai yang khuatir ajaran bercanggah dengan agama disebarkan kepada jemaah tanpa sedar.
Ia juga menarik perhatian seorang penulis buku sirah nabi yang berpendapat bahawa apa yang diajarkan itu adalah syirik.
“Jelas, ini adalah syirik. Entah kenapa orang begini dibiarkan berceramah, menyampaikan ilmu agama.
“Padahal kita cuma boleh berdoa kepada Allah. Biarlah lemas dalam air pun, asalkan tidak syirik,” kata Yazid Hamka mengulas perkara itu di X.
Video asal dimuat naik pengguna bernama @ZacZakirin yang sehingga kini meraih lebih 180,000 penonton.
BACA JUGA ‘Saya sangat jarang dengar penyelesaian alternatif dari pembangkang’, Rafizi tempelak
Â