AS keluarkan Malaysia dalam ‘senarai pemantauan’ mata wang

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan Malaysia daripada ‘senarai pemantauan’ mata wang rakan dagangan kuasa dunia itu.

Menurut AFP memetik laporan Jabatan Perbendaharaan AS, Korea Selatan telah ditambah ke dalam ‘senarai pemantauan’ rakan dagangan utama yang amalan mata wangnya memerlukan perhatian lebih dekat.

Laporan itu melihat kepada negara-negara yang mempunyai lebihan perdagangan yang besar berkait dengan AS yang turut campur tangan secara aktif dalam pasaran pertukaran asing bagi mendapatkan kelebihan daya saing.

Selain Korea Selatan, ekonomi lain dalam senarai pemantauan mengikut laporan separuh tahunan itu ialah China, Jepun, Taiwan, Singapura, Vietnam dan Jerman.

Sebelum ini, keputusan AS meletakkan Malaysia dalam senarai pemerhatian terbabit dianggap penganalisis sebagai tidak adil.

Ia mungkin menimbulkan tanggapan negatif terhadap Bank Negara dan pengurusan kadar pertukaran asingnya.

BACA JUGA ‘Benda boleh tengok percuma buat apa bayar’, netizen tenang Netflix naik harga

Â