‘Benda boleh tengok percuma buat apa bayar’, netizen tenang Netflix naik harga
Rata-rata memberitahu mereka tiada masalah dengan pengumuman Netflix menaikkan harga langganan di Malaysia berkuat kuasa serta-merta.
Netizen berkata mereka mempunyai alternatif untuk menonton filem pilihan masing-masing melalui saluran lain secara percuma.
Malah, filem-filem dari platform perkhidmatan penstriman ada yang boleh ditonton di tempat lain tanpa iklan.
“Rilek sudah, normallah harga naik,” kata pengguna TikTok, dannyshahrul.
Terdahulu, Netflix mengumumkan kenaikan langganan meliputi pelan Asas, Standard, Premium dan Mudah Alih.
Bagi Pelan Asas, harga naik daripada RM28 kepada RM29.90 sebulan manakala pelan Standard kini RM49.90 ketimbang RM45 sebelum ini.
Sementara itu, harga pelan Premium telah dinaikkan daripada RM55 kepada RM62.90 sebulan.
Pelanggan pelan Mudah Alih pula sebelum ini dikenakan RM17 sebulan tetapi kini mereka perlu membayar RM18.90.
Netflix turut mengenakan bayaran sebanyak RM13 sebulan untuk pelanggan yang berkongsi pelan Standard atau Premium dengan orang di luar rumah.
Bayaran tersebut adalah untuk setiap individu yang berkongsi dengan yuran tambahan itu akan dikenakan kepada pemegang akaun utama.
BACA JUGA Biadab maki PM Anwar, Papagomo ditempelak ‘binatang’ apa kena bayar saman
Â