BNM umum situasi positif ekonomi Malaysia, inflasi pun kekal stabil

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan ekonomi negara terus berkembang kukuh sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.

Situasi itu didorong oleh perbelanjaan swasta yang kukuh dan pemulihan berterusan eksport.

Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata pertumbuhan global kukuh pada suku ketiga tahun ini di tengah-tengah pemulihan berterusan dalam aktiviti perdagangan.

Menurutnya, petunjuk yang ada menunjukkan ke arah prospek pertumbuhan berdaya tahan dan sokongan daripada permintaan luaran.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman prestasi ekonomi Malaysia bagi suku ketiga 2024 hari ini.

Jelasnya, inflasi keseluruhan dan inflasi teras kekal stabil 1.9 peratus pada suku ketiga 2024.

Dari awal tahun hingga kini, inflasi keseluruhan dan inflasi teras mencatatkan purata sebanyak 1.8 peratus.

BACA JUGA AS keluarkan Malaysia dalam ‘senarai pemantauan’ mata wang

Â