Pihak jabatan agama tiada bidang kuasa ambil tindakan terhadap peniaga donut lucah?

Pihak jabatan agama digesa untuk turun padang bertemu dengan seorang peniaga donut susu yang telah mengundang kecaman orang ramai gara-gara menggunakan unsur lucah dalam mempromosikan jualannya.

Pendakwah Ustaz Syihabudin Ahmad menegaskan tindakan saman perlu dikenakan terhadap penjual lelaki berkenaan kerana melakukan perbuatan yang membawa kepada kelucahan melampau.

“Pihak jabatan agama jangan kata tiada bidang kuasa dalam perkara ini. Sekurang-kurangnya kenakan tindakan saman, berilah teguran.

“Pihak penguatkuasa Jabatan Agama Pulau Pinang tolong ambil tindakan. Pergilah bertemu dengan dia beri teguran.

“Tolong jumpa orang itu. Tak payah beri surat, tak payah tunggu dia datang. Pergi sendiri jumpa dia dan berikan teguran.

“Anda adalah pihak penguatkuasa agama negeri Pulau Pinang. Tolong buat video semasa pertemuan dan teguran itu,” kata beliau menerusi saluran YouTube miliknya.

Terdahulu, tular beberapa klip video seorang peniaga ‘donut susu’ di utara Semenanjung yang melakukan promosi dengan nada suara merengek sambil berulang kali menyebut perkataan “berayaq” (berair), “jet lagi” dan “cirit”.

Serentak itu juga, peniaga berkenaan tergamak melakukan aksi menjengkelkan di tempat awam dengan mata putih ke atas dengan posisi tubuhnya sedikit menonggeng.

Mengulas lanjut, Ustaz Syihabudin menyifatkan cara pemasaran itu sebagai mencemarkan imej diri sendiri dan merosakkan reputasi perniagaan.

Dalam masa sama katanya, pemasaran seperti itu jelas tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam, budaya Melayu dan negara ini.

“Pasal apa nak jual donut tapi tonggeng? Apakah orang seperti ini tidak mempunyai rasa malu.

“Sesiapa pun nak berniaga mestilah menunjukkan akhlak yang baik sebagai seorang Muslim,” tegasnya lagi.

Semakan mendapati peniaga donut ‘berayaq’ itu membuka gerai di pesta makanan yang dinamakan Fantastic Food Fest di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Dia juga dijadualkan akan membuka gerai jualan donut itu di Taman Tasek Kamunting antara 27 November hingga 1 Disember nanti.

BACA JUGA Biadab maki PM Anwar, Papagomo ditempelak ‘binatang’ apa kena bayar saman

Â