Ada AJP Nafas kaut hingga RM400,000, petani dapat apa?

Oleh AHMAD MURSI

Seorang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) boleh mendapat elaun sehingga RM200,000 hingga RM400,000 setahun.

AJP Nafas menubuhkan 19 Jawatankuasa, berturut-turutlah mesyuaratnya dan banyaklah elaunnya.

Dari hal kecil, hingga hal perjawatan dan perolehan yang paling strategik untuk kartel.

Antara reformasi pasukan kerja menteri cuba buat, kecilkan jawatankuasa dari 19 jadi empat untuk menjimatkan duit Nafas. Tentulah ada AJP tidak senang sebab itu sumber pendapatan mereka.

Kalau sesebuah syarikat, ada ‘corporate governance’ yang memisahkan kuasa lembaga pengarah dan eksekutif, tetapi tidak di Nafas.

Nafas merupakan pengedar tunggal yang mengedarkan benih padi sah kepada golongan pesawah.

AJP itu sendiri sibuk dengan kerja eksekutif dan operasi harian, bukan lagi penggubal dasar. Tidak ada check and balance.

Pengurus Besar ni dah jadi macam ‘budak suruhan’ AJP. Perkara kecil pun kena AJP luluskan.

Pekerja-pekerja Nafas disusun oleh kartel. Tak pandai buat kerja tak apa, asalkan boleh jaga kepentingan kartel.

Sebab itu, antara syarat yang diarahkan oleh LPP ialah baiki tatakelola berkait mesyuarat dan elaun ni.

Dalam sejarah Nafas, hanya tiga saja Menteri Pertanian yang pernah gantung perlembagaan Nafas untuk pulihkan tatakelola.

Mereka adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1984, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub (2018) dan Datuk Seri Mohamad Sabu tahun ini. Zaman PN-Pas tidur!

BACA JUGA Terkejut lihat perangai ‘rider’ ini, pelajar penghafaz al-Quran pun serba salah

Â