Penangan donut susu, sanggup gadai nyawa sorong anak beratur ketika hujan ribut

Penangan donut susu yang tular, segelintir masyarakat kita dilihat sanggup menggadai nyawa berpayung dan beratur ketika hujan ribut.

Walaupun kilat sabung menyabung, mereka tegar menunggu giliran untuk membeli makanan ‘viral’ itu termasuk seorang ibu bersama anak kecilnya di dalam kereta sorong.

Keadaan cuaca yang amat berisiko terhadap keselamatan nyawa itu dirakam menerusi video yang kemudian tersebar di media sosial.

“Hujan punya lebat. Depa (mereka) beratoq (beratur) nak beli donut susu.

“Tapi bagi aku, agak-agaklah. Ni bawa budak kecil. Teduh sat (sekejap), hang mai lah beratoq,” kata perakam video itu.

Rata-rata bersetuju dengan pendapat lelaki perakam detik-detik berisiko tinggi untuk disambar petir itu.

Warganet turut menyelar sikap tidak peduli mereka terhadap faktor keselamatan diri memandangkan berada di kawasan lapang sambil berpayung ketika cuaca buruk.

“Takut kebuloq (kebulur), janji dapat (donut susu), sakit demam belakang kira. Kilat sambar padan muka,” tulis Mohamad Rizal Tgb.

“Pegang pula payung. On target kalau kena,” kata Muhammad Hanafiah.

“Bila manusia diperbodohkan oleh nafsunya sendiri…,” komen Zek Aman.

“Bodohnya. Kerana benda viral sanggup mati tu. Kena panah petir mati free,” kecam Sazli Hasni pula.

BACA JUGA Perdagangan Malaysia kekal kukuh, catat nilai dagangan 10 bulan pertama tertinggi dalam sejarah

Â