Tiga sungai di Kelantan alami trend menaik, sudah lepasi tahap amaran

Tiga sungai utama di Kelantan kini mengalami trend menaik dan sudah melepasi tahap amaran setakat jam 11.45 pagi hari ini.

Kesemua sungai berkenaan adalah Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok dengan ketinggian 8.11 meter berbanding paras amaran 8.0 meter.

Turut menunjukkan trend menaik adalah Sungai Golok di Rantau Panjang yang sudah mencecah 8.13 meter melebihi tahap amaran 8.0 meter.

Sementara itu, Sungai Semerak di Pasir Puteh mencatat ketinggian 2.6 meter melepasi paras amaran 2.3 meter, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Dalam masa sama, keadaan hujan berada pada tahap renyai di semua lokasi sungai terbabit.

BACA JUGA Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di lima negeri

Â