Pensyarah hina Nabi Muhammad: KPT serah kepada polis

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen, baru-baru ini.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudah pun meminta siasatan dilakukan segera, termasuk laporan lengkap mengenai insiden berkenaan, sejurus isu itu tular.

“Saya dimaklumkan perkara itu telah dalam siasatan polis dan satu kertas siasatan dibuka, jadi lebih baik kita serahkan kepada pihak berkuasa.

“Pada peringkat kementerian pula, kita akan menunggu maklum balas dan hasil dapatan lanjut tetapi setakat ini, saya belum menerima laporan lengkap mengenai perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program ‘In Person With Doc Zam@Lumut’ dan Pelancaran Inisiatif Siswa Aspirasi Rakyat Kementerian Pendidikan Tinggi (Sasar KPT) semalam.

Pada 21 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Terdahulu, dilaporkan seorang pensyarah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dalam program dikendalikan oleh individu berkenaan.

BACA JUGA Asyik disindir pembangkang, Anwar berseloroh nak ambil gaji tahun depan

Â