Berdegar tuduh Anwar, UMNO tak boleh kawal DAP tapi ‘Abang Long’ Gerakan selamba tibai Pas
Satu kerusi Parlimen pun tidak ada tetapi Gerakan seperti ‘Abang Long’ selamba membidas Pas berhubung isu calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional (PN).
Situasi itu dapat dilihat pada pendirian Gerakan yang menganggap Pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Yassin sesuai untuk kekal menjadi ‘poster boy’.
Bapa mentua kepada individu yang berdepan pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, menurut Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau, mempunyai pengalaman, kepimpinan dan sokongan seluruh PN.
Reaksi pemimpin gabungan PN itu susulan kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin yang menegaskan Pas lebih layak memimpin PN kerana wakil rakyatnya paling ramai di Parlimen.
Mengulas lanjut, Dominic menekankan bahawa blok pembangkang itu memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bukannya 43 atau 50 kerusi.
“Kalau hanya berdasarkan jumlah kerusi, DAP sudah tentu telah mencalonkan wakilnya sebagai PM dalam Kerajaan hari ini. Namun sebaliknya,” bidasnya dalam kenyataan baru-baru ini.
Sebelum ini, penyokong Pas berdegar menabur fitnah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malah UMNO yang kini sebahagian komponen Kerajaan Perpaduan, kononnya gagal mengawal DAP.
Namun, kenyataan selamba Dominic dari parti yang tidak mempunyai sebarang kerusi itu menarik perhatian orang ramai memandangkan Pas mempunyai bilangan kerusi terbanyak dalam PN.
Ia kemudian diikuti oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
BACA JUGA Tunggakan RM1 juta, ini rupanya punca barang rumah dan empat kereta Datuk Vida disita