Pertemuan empat mata PMX – Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Korea Selatan di Pejabat Presiden Yongsan di Seoul, Korea Selatan.
Perbincangan dua hala diadakan selama sejam dimana kedua-dua pihak telah menyentuh pencapaian kedua – dua negara dalam hubungan diplomatik Kuala Lumpur – Seoul sejak 64 tahun lalu.
Duta Malaysia ke Korea Selatan Datuk Zamruni Khalid berkata bahawa hubungan dua hala telah meningkat sejak hubungan diplomatik bermula pada tahun 1960.
Anwar turut disertai oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang.
BACA JUGA: Dari pekerja kilang sampai jurutera, 17 ditahan kes gaduh pasangan kekasih