Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya, buruk di enam negeri hingga 29 November
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman sehingga 29 November ini.
Hujan sangat lebat berterusan dalam tempoh sama juga dijangka berlaku di Pahang iaitu sekitar Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Sementara itu, jangkaan hujan berterusan tahap buruk juga sehingga 29 November direkodkan di seluruh Kelantan manakala di Kedah melibatkan Padang Terap, Sik dan Baling.
Amaran sama juga diramalkan di Hulu Perak di Perak; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera) serta di Mersing, Johor.
Selain itu, hujan berterusan kategori waspada dijangka berlaku di Perlis, Pulau Pinang serta Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
Keadaan cuaca yang sama sehingga 29 November juga dicatatkan di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar); Pahang (Raub dan Bentong) serta Johor terutama di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Turut diramal mengalami hujan berterusan tahap kuning ialah di Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
BACA JUGA Pelantikan Pengerusi KADA: Khalid balas dakwaan Sayuti
Â