Pelantikan pengerusi KADA: Khalid balas dakwaan Sayuti
Khalid Samad yang menerima pelantikan sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menafikan bahawa lantikannya itu adalah amalan lama dan lantikan politik semata-mata sepertimana yang didakwa oleh penulis politik Sayuti Omar.
Dalam satu hantaran Facebook, Sayuti mendakwa bahawa nasib dan suasana petani di KADA tidak berubah meskipun pengerusi KADA silih berganti. Sayuti turut mendakwa bahawa pelantikan politik sebagai kelemahan terhadap KADA.
Khalid telah dilantik sebagai pengerusi KADA bermula dari 1 Disember.
“Bila dilantik, kita ada tanggungjawab untuk berusaha supaya matlamat pelantikan tersebut tercapai,” kata Khalid kepada Harapan Daily.
Matlamat tersebut ialah untuk memberi manfaat kepada penduduk Kemubu.
Beliau juga melihat pelantikannya itu sebagai satu perkara yang penting dalam keterjaminan makanan.
“KADA adalah antara kawasan penting di mana hasil sawah per ekar seperti juga Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
“Saya juga melihat pelantikan ini sebagai seorang teknokrat bukan ahli politik,” katanya.
BACA JUGA: Khalid Samad pengerusi KADA baharu, berkuatkuasa 1 Disember
Â