Khalid Samad pengerusi KADA baharu, berkuatkuasa 1 Disember
Pengarah komunikasi AMANAH Khalid Abdul Samad akan dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Pertanian Kemubu (KADA) mulai 1 Disember, kata sumber.
Khalid akan menggantikan bekas pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Muhammad Husain yang memegang jawatan tersebut sejak Mei tahun lalu, kata sumber Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, lapor Malaysiakini.
Surat pelantikan telahpun diserahkan kepada Khalid dalam satu majlis di ibu pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang semalam.
KADA bertanggungjawab membangunkan sosio ekonomi petani di Kemubu dengan meningkatkan status sosioekonomi dan penghasilan makanan di peringkat kebangsaan.
Husain akan menamatkan khidmatnya pada 30 Nov.
BACA JUGA: Selepas KPKM umum berita baik untuk pesawah, KADA pula keluar kenyataan