Permatang Pauh dah macam tak ada wakil rakyat

OLEH NORMAN RADZUAN

YB Fawwaz Mohamad Jan tidak berasa malukah apabila penduduk Permatang Pauh terpaksa merayu simpati dari mantan Ahli Parlimen, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam?

Anda masih ingat lagi pada tahun 2023 kejadian 15 motosikal hangus dijilat api di Flat Tuna Seberang Jaya.

Bagaimana Nurul Izzah menerima mesej memohon bantuan walaupun dirinya hanya mantan YB.

Atas keprihatinan dan rasa kasih kepada penduduk Permatang Pauh, Nurul Izzah ke sana ke sini mencari dana sebanyak RM30,000 untuk membeli 15 buah motosikal baru untuk membantu penduduk yang menjadi mangsa.

Selepas itu seorang penyokong tegar Pas yang bekerja sebagai pengawal keselamatan Hospital Bukit Mertajam mendapatkan bantuan daripada MP Steven Sim bagi membantu proses anak tunggalnya yg bakal melanjutkan pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Sebelum itu dia yg merupakan pengundi Permatang Pauh telah pergi ke Pejabat Pusat Khidmat di sana untuk meminta bantuan tetapi dia hanya diberikan RM150 sahaja.

Sebab tidak mampu menghantar dengan kereta dia mahu menggunakan bas. Bila Steven dapat tahu berita tersebut dia menawarkan diri untuk menanggung tambang mereka sekeluarga pergi dan pulang.

Selain itu wang tunai sebanyak RM3,000 disumbangkan dan mengambil Hanani dalam program anak angkat Parlimen Bukit Mertajam. Anak itu ditanggung sepenuhnya sepanjang pembelajaran di Utem.

Bayangkan Steven Sim bukan wakil rakyat Permatang Pauh atas nilai kemanusian menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang keluarga, fahaman politik, bangsa dan agama.

Terbaru Van Persatuan Kebajikan Kanak Kanak Terencat Akal Seberang Prai. Van yg digunakan terlalu uzur dan selalu rosak.

Sekolah ini juga berada Parlimen Permatang Pauh. Akhirnya pihak sekolah terpaksa bertemu Steven Sim memohon bantuan.

“ Minta maaf Yb kami langgar kawasan tetapi kami banyak menerima komen cuba minta bantuan dengan Yb Steven Sim.” Maksud ‘langgar’ merujuk bahawa mereka bukan penduduk Bukit Mertajam tetapi Permatang Pauh.

Tidak berapa lama dari pertemuan itu Steven Sim menghadiahkan sebuah van baru untuk sekolah tersebut yang jauh lebih selesa dari yang sebelumnya.

Tiga kejadian ini seolah-olah Permatang Pauh tidak mempunyai wakil rakyat. Ke mana Ustaz Fawwaz yang diagung agungkan untuk mewakili mereka bila berada dlm kesusahan?

Menyesal atau tidak memilih Ustaz Fawwaz yg hanya mampu menzahirkan simpati. Betul apa yg dikatakan Tuan Ibrahim Tuan Man, “ Kita nak pilih ini bukan imam sembahyang. Kita nak pilih wakil rakyat.”

BACA JUGA Berdegar tuduh Anwar, UMNO tak boleh kawal DAP tapi ‘Abang Long’ Gerakan selamba tibai Pas