Menteri ambil maklum, cadangan jururawat kerja 45 jam akan diperhalusi segera

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyambut baik respon balas daripada lima persatuan jururawat berhubung penambahan waktu bekerja di bawah sistem baharu SSPA.

Arahan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) memerlukan jururawat di wad hospital bekerja tambahan tiga jam seminggu mulai 1 Disember, daripada 42jam seminggu kepada 45 jam.

Beliau berkata, pihaknya akan mendalami permintaan dari libat-urus bersama persatuan tersebut dan akan meneliti cadangan-cadangan daripada tinjauan mereka.

Untuk sementara waktu, beliau memohon agar warga KKM yang terkesan dengan perubahan ini dapat bersabar sementara KKM perhalusi segera perkara ini dalam waktu terdekat.

“Saya tekankan sekali lagi, perkhidmatan KKM adalah seluruhnya, berpaksikan sifat ihsan dan empati. Pastinya nilai ini mesti dihayati dahulu dalam pengurusan warga kerja kami, pertama-tamatnya.

“Oleh itu, saya mohon agar warga KKM yang terkesan oleh perubahan ini dapat bersabar sementara kita perhalusi segera perkara ini dalam waktu terdekat ini.

“Libat urus pelbagai pihak, termasuklah dengan Bahagian Kejururawatan dan pertubuhan jururawat yang terlibat, akan diadakan seperti yang diaturkan,” katanya di X.

Untuk makluman, perubahan waktu kerja yang diumumkan di bawah SSPA merangkumi semua petugas yang bekerja syif, khasnya Jururawat.

Sebelum ini menteri berkata tambahan 3 jam bekerja dalam seminggu adalah munasabah, memandangkan mereka turut diberikan waktu rehat yang cukup dan hari cuti (off day).

BACA JUGA Air Sungai Golok naik paling laju

Â