Cuti siapa lagi dibekukan?

Cuti 500 anggota pasukan respon pantas di 12 kerajaan tempatan Selangor telah dibekukan sehingga Januari 2025 sebagai langkah persediaan sebarang kemungkinan untuk berdepan dengan musim monsoon sekarang.

Perkara ini diumumkan oleh pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Selangor, Datuk Ng Suee Lim.

“Kita perlu sentiasa bersedia sekiranya bencana melanda,” katanya kepada media.”

Ng turut berkata bahawa kerajaan negeri turut mengikuti perkembangan banjir di Pantai Timur, terutamanya untuk membantu rakyat di sana.

“Biar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membuat keputusan.

“Jika ada keperluan kita akan cuba membantu,” katanya ketika ditanya samada PBT Selangor akan dikerahkan ke Kelantan untuk membantu mangsa banjir di negeri Pantai Timur tersebut.

BACA JUGA: Cuti Jemaah Menteri telah dibekukan?

Â