Harga beras putih import dikurangkan mulai 1 Disember. Berapa diskaun?

Bernas telah bersetuju mengurangkan harga beras putih import di Semenanjung Malaysia, umum Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Harga berasa putih import akan dikurangkan daripada RM3000 metrik tan kepada RM2800 metrik tan mulai 1 Disember.

“Persetujuan ini dicapai seusai satu mesyuarat di antara kementerian dan Bernas baru-baru ini. Ia selaras dengan kejatuhan Harga beras antarabangsa dan pengukuhan ringgit berbanding dollar Amerika.

Kita optimistic usaha ini akan membantu mengurangkan kos sara hidup dengan meningkatkan akses beras murah,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan bahawa pasukannya akan berbincang dengan semua pemegang taruh untuk satu rancangan jangka panjang yang akan memberikan gambaran realistik berkaitan struktur kos penghasilan beras.

Ini akan memastikan kelangsungan industri padi dan beras berterusan di samping menjamin kelangsungan petani an mengukuhkan keterjaminan makanan.

BACA JUGA: Cuti Jemaah Menteri telah dibekukan?

Â