Mangsa banjir seluruh negara naik mendadak, Kelantan masih terburuk

Situasi banjir di seluruh negara terus memburuk pagi ini dengan jumlah mangsa  meningkat kepada 80,589 orang setakat 6 pagi tadi berbanding 71,877 mangsa tengah malam tadi.

Berdasarkan portal Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mangsa di Kelantan dan Terengganu paling ramai terjejas iaitu 56,029 dan 20,754.

Sehingga kini 2,829 mangsa di Kedah sudah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS); Perlis 488 mangsa; Negeri Sembilan 307; Selangor 117; Perak 65 mangsa.

Sarawak hanya membabitkan satu daerah sahaja dilanda banjir dengan tiada PPS dibuka setakat ini.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 59,741 mangsa terjejas setakat jam 9 pagi tadi dengan Pasir Mas merekodkan paling ramai mangsa iaitu 21,802 atau 7,388 keluarga.

BACA JUGA Google kata Malaysia boleh berbangga ada harta karun RM138 bilion

Â