Jumlah mangsa banjir makin mencanak

Jumlah mangsa banjir semakin meningkat sehingga 135,736 orang setakat 1.44 tengah hari.

Terdapat pertambahan sebanyak 15,078 berbanding dengan jumlah mangsa pagi ini iaitu seramai 120,658 orang, menurut laman Info Bencana JKM.

Jumlah PPS meningkat kepada 717.

Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa teramai dan Terengganu kekal dengan jumlah PPS terbanyak.

BACA JUGA: Jumlah mangsa banjir terus meningkat – 120,658