Jumlah mangsa banjir terus meningkat – 120,658

Jumlah mangsa banjir seluruh negara meningkat kepada 120,658 setakat pukul 8 pagi, menurut Info Bencana JKM.

Ia menunjukkan peningkatan 9.73 peratus berbanding malam tadi.

Jumlah mangsa malam tadi 102,000.

Jumlah 120,658 mangsa ini adalah daripada 36.336 keluarga.

Jumlah pusat penempatan sementara (PPS) juga meningkat 4.15 peratus kepada 702.

Kelantan kekal sebagai negeri di mana mangsa banjir terbanyak iaitu sebanyak 81,032 orang di 279 PPS.

Terengganu membuka PPS terbanyak – 327.

BACA JUGA: Cuti Jemaah Menteri telah dibekukan?

Â