Baca tanpa ada gagap langsung, ramai puji aktres ini lancar hafal Al-Mulk
Membaca enam ayat pertama Al-Mulk iaitu surah ke-67 al-Quran tanpa ada gagap langsung.
Itu kemampuan aktres Nora Danish, 42, menghafal surah yang digalakkan dibaca sebelum tidur sehingga mengundang pujian orang ramai.
Ibu kepada dua cahaya mata itu membaca secara spontan sebahagian surah itu sebagai menyahut cabaran daripada seorang pempengaruh media sosial, Qawiy.
“Masya-Allah, banyak hafalan tu. Kalau tak berhenti, nak baca lagi tu boleh habis satu surah.
“Kami seronok lihat perubahan Nora,” kata Qawiy.
Bagaimanapun, Nora yang berhijrah dan berhijab selepas sering menghadiri majlis ilmu agama sejak Mei tahun lalu itu mengakui masih belajar.
Beliau berkata, bacaannya masih belum sempurna dan sedaya upaya mendekatkan diri kepada Allah.
“Tapi tajwid belum betul lagi. Apa yang saya belajar melalui penghijrahan ini adalah sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran kerana ia adalah pendamping kita nanti,” jelasnya.
Dalam masa sama, Nora yang pernah berkolaborasi dengan penyanyi W.A.R.I.S menerusi lagu single “Ini Lagi Boom” itu turut berkongsi zikir yang menjadi amalan sehariannya.
“Ramai orang tanya, macam mana saya berhijrah, saya amalkan zikir Jami at Tirmidhi.
“Zikir itu mendekatkan diri kita dengan Allah, dicintai Allah dan didekatkan juga dengan orang yang mencintai Allah.
“Saya berubah pun disebabkan ramai orang baik ada dekat dengan saya. Berhijrah senang, istiqamah itu susah, jadi tolong doakan saya. Semoga saya boleh hafal banyak lagi surah,” kata bekas isteri Nedim Nazri iaitu anak Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Rata-rata memuji perubahan dah usaha Nora Danish dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menghafal surah al-Quran.
BACA JUGA Tenat rupanya kedudukan kewangan Bersatu
Â