Dah banjir baru sembang ketepikan perbezaan, ramai kecam tak jadi nak tolong

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tampil minta tolong lantaran kawasannya dilanda banjir dengan menyeru agar mengetepikan perbezaan.

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu berkata, musim banjir pada masa ini sepatutnya mengutamakan rakyat.

“Ini bukan masa menunding (ejaan yang betul: menuding) jari.

“Kita perlukan segala jenis bantuan keperluan asas kerana masih banyak belum mencukupi,” katanya di platform X semalam.

Wakil rakyat yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula 18 Julai lalu itu juga menyertakan nombor akaun Pusat Khidmat Parlimen Machang.

“Bagi yang ingin menyumbang buat kami salurkan terus kepada mangsa banjir di 23 buah PPS, 3,000 ++ mangsa di Machang boleh salurkan…,” kata Wan Fayhsal lagi.

Wan Ahmad Fayhsal

Untuk rekod, semakan mendapati setakat jam 7.15 pagi tadi, mangsa banjir di Machang sudah mencecah 6,098 orang melibatkan 1,681 keluarga.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa terbabit sedang berlindung di 24 pusat pemindahan sementara (PPS).

Mereka juga adalah sebahagian daripada keseluruhan 95,783 mangsa banjir daripada 29,640 keluarga membabitkan 10 daerah yang ditempatkan di 283 PPS.

Rayuan sumbangan oleh Wan Fayhsal itu bagaimanapun disambut dengan komentar berbaur kecaman dan sindiran.

Rata-rata menyifatkan Ketua Pemuda Bersatu itu tahu pula minta tolong apabila kawasan diwakili dilanda musibah sebaliknya sebelum ini dilihat tidak sudah-sudah menabur fitnah kepada kerajaan Madani sehingga tergamak bersandarkan surat layang ketika perbahasan Dewan Rakyat pada 1 Julai lalu.

Tidak kurang juga yang berpendapat lebih baik tidak perlu wakil rakyat jika rakyat pula yang perlu memberi sumbangan.

“Ingat nak tolong, tengok muka kau yang minta, terus tak jadi tolong.

“Sebab kau yang minta, tak berminat langsung nak bagi (sumbangan). Apabila tersepit cakap begini (ketepikan perbezaan), bila dah ok kaulah yang mula-mula buat fitnah… kononlah ketepikan perbezaan.

“Dah banjir baru nak minta bantuan. Kau kritik orang bukan main pandai, perancangan banjir haram tak buat, padahal tiap-tiap tahun banjir.

“Banyak cantik, bila kawasan kamu terkesan, ketepikan perbezaan… bila bukan buat bising, buat PC (sidang media), buat siaran langsung… main politik perkauman.

Kalu kito keno beri sumbangan ko YB, baik tak yoh ado YB, biar rakyat tulong rakyat,” demikian antara komentar warga maya di ruang komentar ciapan Wan Fayhsal di akaun X dan Facebook pemimpin parti Bersatu itu.

BACA JUGA Bimbang kerajaan Madani semakin korbankan kepentingan Melayu? Ini penegasan PM

Â