Pastikan tiada kes keracunan makanan, penyakit berkaitan banjir

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata amat penting untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan yang disediakan di pusat pemindahan sementara (PPS), selain mengawal penularan penyakit bawaan banjir sepanjang tempoh bencana itu.

“Paling mustahak, pastikan tiada kes keracunan makanan atau penyakit yang berkaitan dengan banjir.

“Buat masa ini, tiada kes penyakit berjangkit seperti leptospirosis (kencing tikus).

“Selepas banjir, kemungkinan wabak denggi akan memerlukan pemantauan rapi.

“Apa-apa pun, yang paling penting, sesiapa yang memerlukan rawatan khusus akan dipindahkan, misalnya untuk rawatan hemodialisis,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, pihaknya berpuas hati dengan pengurusan fasiliti kesihatan di negeri ini yang berada dalam keadaan terkawal, setakat ini.

Beliau memaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri juga akan terus memantau dan menambah baik kualiti perkhidmatan mereka.

BACA JUGA ‘Orang suruh ngaji agama banyak bukan makan kencing banyak’

Â