Zahid tak mahu pisang berbuah dua kali, rupanya ada hasut keluar

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada pihak cuba membawa keluar parti itu daripada Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri turut mengakui terdapat beberapa pertemuan dengan pimpinan pembangkang bagi menggerakkan perkara itu termasuk dengan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam masa sama katanya, hal tersebut telah diberitahu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Rahsia. Kalau saya berkongsi dengan umum bukan lagi menjadi satu rahsia. Jadi, biarlah saya berbincang dengan pemimpin tertentu sahaja.

“Saya juga sudah memaklumkan secara terperinci kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya kita berjaga-jaga, agar pisang tidak berbuah dua kali.

“Dan bukan hanya Shahidan yang bertemu saya dan bercakap mengenai perkara sama,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita mengenai tindakan hahidan Kassim yang secara terbuka mempelawa BN untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, wujud usaha menarik BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan membentuk kerajaan baharu.

Sebelum ini,Zahid menegaskan tindakan itu sebagai usaha pembangkang untuk kembali menguasai Putrajaya.

Untuk rekod, Kerajaan Perpaduan terbentuk pada 2022 terdiri gabungan tiga parti Utama dengan jumlah 135 kerusi masing-masing 82 kerusi dari PH, BN (30) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 22 kerusi Parlimen.

BACA JUGA Tenat rupanya kedudukan kewangan Bersatu

Â