Bos besar bagi kebenaran Khairul Aming ambil barang di Mydin bantu mangsa banjir
Syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) meraih perhatian ramai selepas menawarkan bantuan yang tidak dijangka kepada Khairul Aming yang dalam misi membantu mangsa banjir di Kelantan.
Menerusi satu video tular di TikTok, Ameer Ali Mydin memberi kebenaran untuk pempengaruh selebriti itu mengambil sebanyak mana barangan yang diperlukan dari pasar raya miliknya itu.
Beliau berkata, walau berapa pun jumlahnya itu, Khairul Aming tidak perlu membayarnya sekarang.
“Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, 20,000 atau 100,000, nanti selepas banjir awak bayarlah,” katanya.
Ujar Ameer, dia percaya Khairul akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sukarelawan dengan telus buat para mangsa banjir.
“Lepas habis banjir nanti barulah awak bayar. Tak apa, kita percaya Khairul Aming,” katanya.
Tidak hanya itu, Ameer turut memberitahu akan menyumbang sebanyak 5,000 barangan sempena Mydin Prihatin dalam misi yang digerakkan Khairul Aming itu.
BACA JUGA Kewibawaan Khalid mampu bantu KADA perkasa sektor pertanian
Â