Angin ribut bakal melanda Kelantan, Terengganu hari ini

Angin ribut dijangka melanda Kelantan dan Terengganu mulai hari ini sehingga pagi esok, umum Met Malaysia.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, penumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula pada petang 3 Disember hingga awal pagi 4 Disember 2024.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh tersebut,” umum jabatan tersebut.

Hujan lebat berterusan pula dijangka bermula sekali lagi pada 8 Disember.

“Luruan monsun pula dijangka bermula pada 8 hingga 14 Disember.

“Keadaan ini pula berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan.”

Kelantan paling terjejas ekoran banjir yang melanda sembilan buah negeri kerana musim monsun.

BACA JUGA: Terpaksa masak atas bot, orang Kelantan anggap ‘orang luar’ tak boleh senyum harungi banjir

Â