Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2025

Dewan Rakyat meluluskan Belanjawan 2025 hari ini selepas dibahaskan sejak 13 November lepas.

Rang Undang-Undang itu diluluskan setelah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara, lapor Bernama.

Perbahasan belanjawan kali ini berlangsung selama 12 hari.

Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengumumkan perkara itu ketika mempengerusikan sementara persidangan Dewan Rakyat malam ini.

Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober melibatkan peruntukan RM421 bilion, iaitu belanjawan terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah dan diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI.

BACA JUGA Vivy, suami bakal didakwa 5 Disember ini

Â