Jangan kaitkan nama saya kalau budaya buli berterusan – Agong
Sempena istiadat pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Konvokesyen ke-14, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda tidak mahu nama baginda dikaitkan dengan budaya penderaan di universiti tersebut.
Baginda berkata demikian ekoran daripada peningkatan kes buli yang berlaku di universiti.
Baginda telah memberi amaran bahawa pimpinan tertinggi universiti perlu meletakkan jawatan sekiranya budaya buli berterusan.
“Jika ia terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah.
“Saya percaya, ibu bapa menghantar anak mereka ke sini untuk belajar menjadi seorang pegawai tentera dan bukannya untuk didera,” titah Sultan Ibrahim.
Pada minggu lalu lima pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM yang terlibat dalam tiga kes buli telah dibatalkan pelantikan dan perlu membayar ganti rugi kepada kerajaan.
BACA JUGA: POCA untuk kekang kultus?
Â