KPM beri kelonggaran calon SPM terjejas banjir duduki semula ujian lisan BM

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas akibat banjir diberi kelonggaran untuk menduduki semula ujian lisan Bahasa Melayu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, semua calon yang terjejas dan tidak dapat hadir mengikut jadual, dibenarkan hadir semula sama ada esok atau Khamis.

Kata beliau, kelonggaran ini diberikan supaya dapat memastikan semua calon dapat hadir peperiksaan

“Bagi yang tidak dapat hadir peperiksaan ujian lisan Bahasa Melayu yang bermula sejak semalam, boleh datang sama ada hari ini, esok atau pada Khamis.

“Tidak timbul isu bahawa ada sebarang masalah dalam pelaksanaan peperiksaan (SPM) ketika ini,” katanya selepas menghadiri Pameran Wacana Pencapaian Semasa Inisiatif Baucar Buku: Epitome Aspirasi Kerajaan Madani di Parlimen hari ini.

Ujian lisan BM bagi SPM diadakan sejak semalam dan berakhir Khamis ini.

Ujian yang berlangsung selama empat hari itu memerlukan pelajar hadir sehari mengikut jadual ditetapkan.-

BACA JUGA Saya tak pernah dengar pampasan dibayar ikut nilai masa depan, Khalid beritahu Zaliha