Jadi proksi Amerika pula dah, tentera siber PN ini berterusan fitnah PMX
Penyokong Perikatan Nasional (PN), Papagomo dilihat berterusan memfitnah PMX dengan terbaharu menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai proksi Amerika Syarikat (AS).
Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris mengemukakan tuduhan itu di platform X dengan mengaitkan nama Tun Dr Mahathir.
“Anwar Ibrahim proksi Amerika dan perkara ini dah didedahkan oleh Tun Mahathir sejak dahulu lagi.
“Krisis kewangan 1997 yang dilakukan George Soros penyangak matawang turut dibantu Anwar pada waktu itu yang merupakan Menteri Kewangan.
“Sebab itu 1998 Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan kerana Anwar adalah pengkhianat kepada Negara,” tulis Papagomo di X hari ini.
Dia sebenarnya dibuang kerja daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuatkuasa 6 September 2012.
Bekas konstabel itu pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.
Bulan lalu, dia meninggalkan komentar biadab “Anwar Ibrahim BAXX” sebagai reaksinya terhadap kenyataan Mahathir berhubung pemergian Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
Individu berjanggut tebal itu juga pernah terpaksa membayar hampir RM1 juta selepas kalah dalam kes saman fitnah mengaitkan Anwar dalam gambar dan video seks di blog Papa Gomo.
BACA JUGA Wajah macam artis Korea, jinjing Birkins pun ada juga penyamun