Skandal Air Sabah: Bekas pengarah dan isteri diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan bekas Pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan dua yang lain membela diri terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang haram.
Ia membabitkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61.57 juta, serta memiliki barang mewah secara haram antara Oktober dan November 2016.
Dua individu lain diarah bela diri adalah isteri Mohd Tahir iaitu Fauziah Piut, 59, dan bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng, 70.
Memetik Harian Metro, Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat mengeluarkan perintah itu selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Mahkamah menetapkan 26 hingga 28 Februari dan 28 hingga 30 April tahun depan sebagai tarikh pembelaan mereka.
Sepanjang kes itu yang juga dikenali sebagai ‘skandal Jabatan Air Sabah’ seramai 38 saksi pendakwaan memberi keterangan.
BACA JUGA Shahidan Kassim minta RM1 juta untuk pembangkang, sekali ini respon TPM
Â