Wajah macam artis Korea, jinjing Birkins pun ada juga penyamun
Oleh LIYANA MARZUKI
Ada pemimpin politik text saya. Kenapa hentam Vivy teruk sangat, walhal bendanya tiada apa. Dia jadi mangsa.
Pertama sekali, posting saya tidak hentam pun. Saya hanya meletakkan perspektif di luar sana, apa sebenar ceritanya?
Dan kenapa orang marah. Saya juga katakan biarlah SPRM siasat. Kalau dia tak bersalah, takkan ada pertuduhan.
Set politikus terkeluar sekejap pun sound. Kenapa marah sangat pada Vivy ni, nampak sangat rakyat kita anti elitis.
Hello… Bukan bermakna dia kaya raya, kita terus benci dia. Banyak saja kawan-kawan kita sejenis trust fund baby dan anak taikun. Elok saja kita berkawan.
Kita percaya semua rezeki itu Allah beri, dan kerja kita mencari bahagia masing-masing. Tidaklah pula kami nak berdengki.
Cuma hanya kerana dia berkawan dengan anda, anda back up tu, seolah-olah netizen pula salah apabila bersuara. Takkanlah sentuh golongan elit mereka itu maksum sentiasa.
Walhal, jenayah kolar putihlah yang paling merosakkan negara. Set-set inilah yang songlap duit berbilion dolar.
Berbanding set-set marhaen, mencuri sardin dan makanan untuk makan, rompakan di rumah, berapa sangat nilainya?
Orang kita sudah belajar dari sejarah, sekarang penyamun itu bukan hanya berselipar capal dan muka pecah rumah.
Ada juga yang muka tegang macam artis Korea, menjinjing Birkins dan Chanel mereka.
Thing is, sama ada menyamun di rumah atau samun dana awam, mereka tetap kategori sama. Penyamun juga.
BACA JUGA Azmi Ali disebut-sebut bakal Presiden Majlis Peguam
Â