Macam manalah orang Pendang boleh pilih MP Awang Solahuddin?

Bukan sekali dua Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Solahuddin Hashim buat kecoh dan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di Dewan Rakyat.

Awal bulan lalu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkenaan membuat dakwaan sebanyak RM94 juta dijumpai di rumah bekas menteri DAP.

Selepas berminggu-minggu fitnah itu tersebar di media sosial, Awang Solahuddin membuat permohonan maaf.

Itu pun kerana gesaan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul agar dia menarik balik kenyataan yang dikeluarkan.

Awang Solahuddin Hashim kemudiannya membuat permohonan maaf dengan dimulakan dengan sepotong ayat al-Quran dan seterusnya menarik balik tuduhannya terhadap DAP.

Melihatkan sikap Awang Solahuddin itu, rata-rata mengecam wakil rakyat Pas itu selain mempersoal bagaimana rakyat di Pendang boleh memberi undi terhadapnya.

“Macam manalah orang Pendang boleh pilih MP Awang Hashim? Wahai orang Pendang, pemimpin macam ni ke korang nak?

“Tak payahlah bawa ayat al-Quran kalau dah buat benda yang menyalahi hukum agama. Tuduhan tanpa bukti itu salah. Tak kiralah kita tuduh orang Islam atau bukan. Jangan memalukan agama.

“Dah fitnah petik ayat al-Quran… punyalah jijik perangai,” demikian antara kecaman orang ramai terhadap bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu.

Untuk rekod, Awang Solahudin mengekalkan kemenangannya di Parlimen P011 Pendang pada Pilihan Raya ke-15 (PRU-15) 2022 dengan majoriti 31,289 undi.

Awang ketika itu menghadapi pertandingan empat penjuru dengan tiga lagi calon iaitu Datuk Suraya Yaacob (BN), Zulkifly Mohamad (PH) dan Abdul Rashid Yob (Pejuang).

BACA JUGA Boleh mulakan siasatan jenayah ke atas Mahathir, syor RCI Batu Puteh

Â