Bekas MP Pas dakwa boleh capai pendapatan lima angka sebulan
Bekas Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan mendakwa peserta ‘real business’ yang dikendalikannya boleh meraih pendapatan lima angka sebulan.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu dilihat terus rancak mengajak orang untuk menyertai “perniagaan pintar” yang disertainya itu pada Disember 2023.
“Apa yang anda lakukan, saya percaya anda mahu kejayaan. Namun mengecapi kejayaan mestilah lakukannya secara bersungguh-sungguh. Begitulah disiplin orang berjaya.
“Kami lakukannya dalam perjuangan kami. Benar, bersungguh-sungguh pun belum tentu berjaya, tapi ingat, nak berjaya mesti bersungguh-sungguh.
“Kita boleh capai pendapatan lima angka sebulan Insyaallah. Jika anda pelihara disiplin ini serta ikuti bimbingan Rich Academy Global secara konsisten. Jom join RAG. Hubungi…,” tulisnya di Facebook.
Dalam satu hantaran lain pula, Nasrudin memberitahu dia ke Sungai Petani, Kedah menziarahi salah seorang mentor dalam Rich Academy Global (RAG).
“Masyaallah, sambil ziarah, sempat buat Small Group Coaching bersama rakan kongsi niaga dari Sungai Petani,” kata bekas Ketua Penerangan Pas antara 2015 hingga 2019 itu lagi.
BACA JUGA Dakwaan Pusat Jantung Serdang bermasalah, ini penjelasan KKM
Â