Dakwaan Pusat Jantung Serdang bermasalah, ini penjelasan KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan tidak benar mengenai Pusat Jantung Serdang (PJS) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang yang tular di media sosial.

KKM menerusi kenyataannya menegaskan, Kompleks Dewan Bedah di PJS yang mempunyai empat bilik bedah telah beroperasi sepenuhnya sejak 14 Ogos lalu.

Menurutnya, kesemua bilik bedah di PJS telah lancar beroperasi dengan jumlah terkini keseluruhan bilangan pembedahan adalah sebanyak 760 kes.

“Di samping itu, HSIS Serdang mempunyai 20 bilik pembedahan di Blok Utama dan empat (4) daripadanya merupakan bilik pembedahan jantung,” jelas KKM.

Terdahulu, laporan media mendakwa kesemua empat bilik pembedahan di Blok Pusat Jantung dan satu daripada empat bilik pembedahan jantung di Blok Utama Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang berada dalam keadaan tidak berfungsi.

Mengulas lanjut, KKM memaklumkan bahawa kes-kes bukan pembedahan jantung dijalankan di bilik pembedahan di Blok Utama HSIS Serdang.

“Perkhidmatan di lima Makmal Jantung Invasif (ICL) dan Mesin MRI 3.0 Tesla di PJS juga berfungsi dengan baik

“KKM sentiasa memantau status pengoperasian kefungsian dewan bedah dan perkhidmatan sokongan di fasiliti-fasiliti KKM termasuk memastikan aspek penyelenggaraan secara berkala dijalankan,” katanya lagi.

BACA JUGA Terbaring menahan sakit, ramai terkejut apa dialami dermawan ini

Â